Langkau ke kandungan
Kini Gemini dilengkapi perlindungan data tambahan. Sembang dengan Gemini untuk menjimatkan masa, memeribadikan pembelajaran dan menginspirasikan kreativiti.
Kini Gemini dilengkapi perlindungan data tambahan. Sembang sekarang.

Google Workspace for Education Plus

Penyelesaian teknologi pendidikan untuk anda

Tidak perlu lagi melabur dalam alatan teknologi pendidikan lain dengan Education Plus, penyelesaian kami yang paling menyeluruh, yang menyediakan keselamatan dan cerapan lanjutan serta alatan mudah digunakan yang memperkaya dan memeribadikan pembelajaran.

Gabungkan teknologi pendidikan anda dengan penyelesaian tunggal

Kurangkan kos, tingkatkan keselamatan dan jimatkan masa dengan penyelesaian tunggal yang menyeluruh.

Education Plus mengurangkan keperluan untuk melabur dalam teknologi pendidikan lain

Nikmati purata penjimatan sebanyak $410k dan 191% pulangan pelaburan dengan menyingkirkan keperluan untuk alatan keselamatan, kerjasama, pengesanan plagiarisme, pembelajaran boleh suai dan storan yang lama. Kurangkan kos pembangunan profesional dengan alatan yang intuitif dan mudah digunakan.*

Nikmati 95% pengurangan jumlah insiden pancingan data secara purata, 98% pengurangan penggunaan tenaga kerja IT untuk menyelesaikan insiden pancingan data dan penjimatan sebanyak $168,000 melalui penamatan alatan keselamatan yang lama dengan beralih kepada Education Plus.*

Jimatkan masa 300 jam setahun secara purata dengan memperkemas tugas pentadbiran dan elakkan pembaziran masa pengajaran yang berharga semasa bertukar-tukar alatan dengan log masuk berbeza; akses alatan yang disepadukan dengan rapi pada satu tempat dengan log masuk sekali.*

*Pada tahun 2022, kami mentauliahkan Forrester Consulting untuk menilai Total Economic Impact™ yang boleh direalisasikan oleh institusi pendidikan dengan beralih kepada Google Workspace for Education Plus.

Perkukuhkan keselamatan dan cerapan dengan alatan proaktif

Lindungi komuniti pendidikan anda dengan salah satu set produktiviti berasaskan awan yang paling selamat di dunia, yang memberikan perlindungan automatik, keterlihatan dan kawalan berpusat serta analitis yang hebat.

Ciri premium menyediakan pendekatan yang proaktif kepada keselamatan

Cegah, kesan dan pulihkan insiden keselamatan merentas Gmail, Drive, peranti dan pelbagai lagi dalam pusat keselamatan.

Hentikan serangan perisian tebusan sebelum serangan tersebut bermula dengan mengimbas lampiran e-mel dalam Kotak Pasir Keselamatan maya secara automatik sebelum lampiran itu dibuka.

Peroleh keterlihatan segera dalam papan pemuka keselamatan bersepadu, dengan butiran seperti perisian hasad dan spam yang dibenderakan, pelanggaran peraturan pencegahan kehilangan data, peranti terjejas, perkongsian fail luaran dan pelbagai lagi.

Lihat demo

Kenal pasti, tentukan keutamaan dan ambil tindakan terhadap ancaman keselamatan serta privasi dengan alat penyiasatan keselamatan.

Lindungi akses dan buat dasar akses sedar konteks bagi pengguna yang boleh mengakses apl berdasarkan atribut seperti identiti pengguna, lokasi, alamat IP dan pelbagai lagi.

Kawal cara fail boleh dikongsi dan kelaskan fail berdasarkan tahap sensitiviti kandungan dengan label Drive, peraturan kepercayaan dan khalayak sasaran.

Lihat demo

Fahami kemungkinan risiko keselamatan anda, pulangan pelaburan dan peluang pembangunan profesional secara lebih baik dengan mengeksport data peristiwa log melalui BigQuery dan membuat gambaran data dalam Looker Studio.

Semua Edisi

Google menyediakan privasi dan keselamatan yang terunggul dalam industri

100 M

percubaan pancingan data disekat oleh Gmail setiap hari

99.9%

spam, percubaan pancingan data dan perisian hasad disekat dengan perlindungan AI dalam Gmail

30,000

laman web tidak selamat dikenal pasti oleh Google setiap minggu

Anda pemilik data anda

Anda mengekalkan hak harta intelek penuh atas data anda dan mengawal pengguna yang boleh memuat turun data itu serta masa data boleh dimuat turun.

Protokol privasi yang ketat

Privasi ialah asas kepada cara kami membina produk. Standard privasi yang ketat menjadi panduan pada setiap peringkat pembangunan produk.

Tiada pengiklanan

Perkhidmatan teras seperti Gmail, Calendar dan Classroom tidak mengandungi iklan.

Menyokong pematuhan terhadap FERPA, COPPA, GDPR dan pelbagai lagi

Penyelesaian kami menyokong pematuhan terhadap keperluan privasi serta keselamatan global yang ketat.

Perkayakan dan peribadikan pengajaran dan pembelajaran

Perkasakan pendidik untuk menyampaikan pengajaran yang berkesan dengan alatan mudah digunakan yang memperkaya dan memeribadikan pembelajaran, mempermudah pengurusan kelas dan membolehkan pengajaran serta pembelajaran dilakukan dari mana-mana sahaja.

Ciri premium meningkatkan pengajaran dan pembelajaran kepada tahap seterusnya

Perkasakan potensi pelajar dengan set latihan — tugasan interaktif dalam Classroom yang menyediakan maklum balas, gesaan dan pembayang masa nyata dengan bantuan AI.

Bantu pelajar membina kemahiran celik huruf dengan Read Along, alat berasaskan pertuturan yang membantu pelajar memupuk kemahiran membaca dengan sendiri, sementara memberi pendidik cerapan tentang kemajuan mereka(akan datang).

Galakkan pemikiran asli dan semak untuk mengesan plagiarisme dengan laporan keaslian tanpa had yang membandingkan tugasan pelajar dengan berbilion-bilion halaman web, lebih 40 juta buku dan repositori milik sekolah anda.

Buat keputusan yang lebih termaklum menggunakan Analitis Classroom dengan memperoleh keterlihatan tentang prestasi kelas, penyelesaian tugasan pelajar, aliran markah dan penggunaan Classroom secara keseluruhan.

Sokong guru dan pelajar secara lebih baik dengan melawati kelas secara maya dan memberikan akses sementara kepada pengganti serta kakitangan sokongan, tanpa perlu menjadi guru bersama Classroom.

Dapatkan storan Drive tambahan: 20GB untuk setiap lesen berbayar selain 100 TB storan awan terkumpul yang dikongsi oleh seluruh institusi anda.

Automasikan proses pentadbiran dengan AppSheet Core, yang akan memperkasakan anda untuk membina apl tersuai tanpa pengekodan.

Sediakan persidangan video yang mudah digunakan, boleh dipercayai dan selamat agar anda dapat menawarkan lebih kefleksibelan untuk kelas, persidangan ibu bapa dan guru, pembangunan profesional dan pelbagai lagi.

Mantapkan peluang pembelajaran dengan bilik pecahan, penjejakan kehadiran, Soal Jawab interaktif, tinjauan pendapat, sari kata terjemahan langsung, transkrip automatik, rakaman dan pelbagai lagi.

Wujudkan hubungan merentas seluruh komuniti sekolah anda dan libatkan maksimum 1000 peserta atau strim langsung kepada seramai 100,000 penonton.

75%

pelajar universiti lebih suka menggunakan Google Workspace sebagai suite produktiviti pilihan mereka.
Sumber: Sada Systems, Inc. 23 Ogos 2022

96%

Syarikat Permulaan Akan Datang yang bernilai $1 Bilion dalam senarai Forbes menggunakan Google Workspace.

Edisi yang manakah sesuai untuk institusi anda?

Penyelesaian Google Workspace for Education menawarkan pilihan dan kefleksibelan. Cari padanan yang sesuai untuk komuniti pendidikan anda.

  • Gmail

  • Kalendar

  • Meet

  • Classroom

  • Docs

  • Sheets

  • Slides

  • Borang

  • Tugasan

  • Pentadbir

  • Drive

  • Baharu

    Apl Gemini

  • Kumpulan

  • Sites

  • Tasks

1 Google Workspace for Education Fundamentals tersedia tanpa kos untuk institusi yang layak. Ketahui lebih lanjut.

Pertingkatkan edisi anda dengan alat tambah yang berkuasa

Beli alat tambah untuk melengkapi individu tertentu di institusi anda dengan kefungsian premium.

Gemini Education

Gemini ialah pembantu AI yang boleh digunakan merentas Google Workspace for Education untuk membantu anda menjimatkan masa, membuat pengalaman pembelajaran yang menarik dan mengilhamkan idea baharu

Sumber untuk membantu anda bermula dengan Education Plus

Ketahui lebih lanjut tentang cara bermula dengan Google Workspace for Education melalui video latihan, panduan dan sumber tambahan ini.

Mulakan hari ini dengan Education Plus

Bersedia untuk menggunakan penyelesaian semua dalam satu yang mengukuhkan keselamatan dan menyingkirkan keperluan untuk melabur dalam penyelesaian teknologi pendidikan yang lain? Buat peningkatan kepada Education Plus hari ini.

Cari jawapan untuk soalan yang sering ditanya

Untuk mendapatkan maklumat tentang harga dan ciri Google Workspace for Education, sila akses carta perbandingan kami.

Tidak. Memandangkan harga Education Plus adalah mengikut pendaftaran (bagi setiap pelajar), institusi anda boleh memberikan manfaat Education Plus kepada seluruh komuniti pendidikan. Bagi setiap empat lesen pelajar yang dibeli, anda akan menerima satu lesen kakitangan. Syarat pembelian minimum ditentukan oleh saiz sekolah supaya anda tidak akan membeli lesen melebihi jumlah yang diperlukan.

Education Plus tersedia melalui rakan kongsi Google Workspace for Education yang sah ini. Untuk menghubungi mereka dan mendapatkan maklumat lanjut, sila lengkapkan borang di sini. Jika anda sudah pun berurusan dengan rakan kongsi, anda boleh terus menghubungi mereka.

Ya, Google menawarkan diskaun automatik untuk pelanggan yang terikat dengan kontrak bagi pembelian berbilang tahun (dua tahun atau lebih) untuk Google Workspace for Education Plus. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila berhubung dengan penjual semula rakan kongsi Google Workspace for Education anda dan/atau wakil Google for Education.

Tidak, kontrak Google Workspace for Education yang baharu atau tambahan tidak diperlukan.

Tidak, kedua-dua Education Plus dan Education Standard dilesenkan sebagai edisi domain penuh. Institusi pendidikan boleh membeli sama ada lesen Education Plus atau Education Standard mengikut jumlah pendaftaran pelajar.

Ya, sekolah yang membeli Education Standard dan Education Plus untuk semua pelajar akan menerima satu lesen kakitangan untuk setiap empat lesen pelajar yang dibeli.

Ya, perbezaannya hanyalah lesen kakitangan boleh menstrimkan mesyuarat secara langsung kepada maksimum 100,000 peserta. Semua ciri dan keupayaan lain adalah sama antara lesen pelajar dengan kakitangan.

Institusi yang melanggan Education Plus mempunyai storan terkumpul sebanyak 100TB yang boleh digunakan untuk pengurusan dan peruntukan mereka mengikut kesesuaian. Selain itu, mereka menerima 20 GB bagi setiap lesen yang ditambahkan pada storan terkumpul mereka, tanpa had. Sila lawati Pusat Bantuan kami untuk mendapatkan butiran lanjut.

Lawati Pusat Bantuan kami untuk mendapatkan butiran lanjut tentang Education Plus.

Alat tambah dijual secara berasingan dan menawarkan kefungsian premium untuk pengguna tertentu dalam domain Google Workspace for Education anda.

Daftar di sini untuk mendapatkan kemaskinian, cerapan, sumber dan pelbagai lagi.