Alat tambah Teaching and Learning
Alatan untuk meningkatkan
Alat tambah Teaching and Learning dibangunkan berdasarkan kefungsian Education Fundamentals untuk membantu pendidik meningkatkan kesan pengajaran dengan alatan yang memperkaya dan memeribadikan pembelajaran, mewujudkan bilik darjah yang cekap serta mendayakan pengajaran dan pembelajaran dari mana-mana sahaja.
Untuk mendapatkan alat tambah Teaching and Learning, anda memerlukan edisi Google Workspace for Education yang sedia ada.
Perkaya dan peribadikan pembelajaran
Perkasakan pendidik dengan alatan yang menjadikan pembelajaran lebih peribadi dan memberikan cerapan tentang pemahaman pelajar.
Ciri premium yang meningkatkan kesan pendidikan anda
Gunakan set latihan dalam Google Classroom untuk membuat tugasan interaktif, walaupun daripada PDF sedia ada, yang menyediakan maklum balas masa nyata dan bimbingan peribadi menerusi gesaan dan pembayang dengan bantuan AI.
Tugaskan soalan interaktif untuk video YouTube dan berikan maklum balas masa nyata kepada pelajar semasa pelajaran berlangsung, sambil melihat cerapan tentang prestasi mereka, semuanya dalam Classroom.
Bandingkan tugasan pelajar semasa dengan berbilion-bilion halaman web, lebih 40 juta buku dan sebarang bahan yang diimbas sebelum ini pada repositori peribadi milik sekolah anda.
Permudahkan pengurusan kelas
Tingkatkan masa yang dapat diluangkan untuk pengajaran dan pembelajaran dengan alatan yang bersepadu dan selamat.
Ciri premium menjimatkan masa anda untuk difokuskan pada pengajaran
Buat tugasan yang menarik serta berikan markah dan semak tugasan menggunakan alat tambah Classroom kegemaran anda – seperti Pear Deck, Kahoot!, Nearpod dan pelbagai lagi – disepadukan terus dalam Classroom.
Pendidik boleh menyesuaikan tempoh pemarkahan (mis., suku, semester, penggal) dan skala pemarkahan (mis., huruf, angka) dalam tetapan kelas mereka agar selaras dengan struktur atau sistem pemarkahan sekolah mereka serta menapis dan menganalisis tugasan dengan lebih mudah.
Kenal pasti petikan yang tertinggal serta kemungkinan plagiarisme dengan pantas dan bimbing pelajar untuk menyepadukan inspirasi luar dalam penulisan mereka, dengan laporan keaslian tanpa had.
Gunakan 100 TB storan awan terkumpul untuk institusi anda, dengan 100 GB storan tambahan untuk setiap lesen Teaching and Learning.
Ajar dan belajar dari mana-mana sahaja
Bantu pelajar berhubung dan belajar dari mana-mana sahaja dengan alatan menarik yang memupuk persekitaran pembelajaran yang merangkumi semua.
Ciri premium yang menghubungkan komuniti pendidikan anda
Jadikan pelajaran lebih mudah diakses dengan sari kata langsung yang diterjemahkan dalam masa nyata dan libatkan pelajar dengan alatan interaktif seperti bilik pecahan, Soal Jawab dan tinjauan pendapat.
Bermesyuarat dengan maksimum 250 peserta dalam mesyuarat maya dan 10,000 penonton dalam strim langsung.
Lihat nota penyampai Slides semasa membuat pembentangan dalam Meet dan buat pembentangan bersama pendidik lain dengan mudah.
Dapatkan Teaching and Learning untuk Google Workspace for Education
Penyelesaian Google Workspace for Education menawarkan pilihan dan kefleksibelan. Cari padanan yang sesuai untuk komuniti pendidikan anda.
BANDINGKAN DENGAN
Education Fundamentals*
Termasuk perkara yang penting untuk pengajaran dan pembelajaran, seperti:
-
Kerjasama dengan Classroom, Docs, Sheets, Slides, Forms, Gmail, Drive, Meet, Sites, Chat, Jamboard dan Calendar
-
Alatan keselamatan dan pentadbiran dalam konsol Pentadbir Google
-
100 TB storan awan terkumpul yang dikongsi oleh organisasi anda
-
Apl Gemini - pembantu AI dengan perlindungan data tambahan
DISYORKAN
Teaching and Learning
Termasuk ciri daripada Education Fundamentals serta:
-
Ciri Classroom menyampaikan pembelajaran yang lebih diperkaya dan diperibadikan
-
Alatan untuk menjimatkan masa pendidik dengan mempermudah pengurusan kelas dan sekolah
-
Ciri penglibatan premium dalam Meet merangkumi Soal Jawab interaktif, tinjauan pendapat, bilik pecahan dan pelbagai lagi
-
100 GB storan Drive tambahan untuk setiap lesen kakitangan
*Google Workspace for Education Fundamentals tersedia tanpa kos untuk institusi yang layak. Ketahui lebih lanjut.
Sumber untuk membantu anda bermula dengan alat tambah Teaching and Learning
Ketahui lebih lanjut tentang cara bermula dengan Google Workspace for Education melalui video latihan, panduan dan sumber tambahan ini.
Sumber Workspace berbayar
Lihat koleksi sumber kami untuk membantu anda menyediakan dan mula menggunakan edisi berbayar anda.
Tunjuk cara produk
Terokai produk dengan terperinci melalui panduan langkah demi langkah untuk membiasakan diri dengan cara produk tersebut berfungsi dalam kelas.
Panduan bermula
Temukan ciri dan alatan dipertingkatkan yang tersedia merentas Education Standard, alat tambah Teaching and Learning dan Education Plus.
Alat tambah Teaching and Learning
Terokai ciri alat tambah Teaching and Learning dan ketahui alatan keselamatan dan analitik lanjutan.
Kebolehaksesan
Ketahui tentang ciri kebolehaksesan untuk menyokong pelajar dengan pelbagai keperluan dan gaya pembelajaran.
Kursus ciri Pengajaran dan Pembelajaran premium
Pelajari kemahiran digital untuk memaksimumkan manfaat alatan Google seperti Classroom serta Meet dan gunakan kemahiran ini untuk meningkatkan kesan pengajaran dalam bilik darjah anda.
“Kami suka kecekapan yang terhasil melalui semua fungsi ini – mesyuarat dan kelas, rakaman dan penstriman – yang dilaksanakan dengan satu alat.”
Karl Bernard
Rakan Kongsi Perniagaan IT“Pelajar harus menghantar tugasan mereka kepada guru melalui e-mel, kemudian guru harus memasukkan tugasan pelajar pada aplikasi.”
Mikael Pedersen
Guru Matematik & Sains“Ramai pelajar kami cuba menerbitkan hasil tugasan mereka – dan jelas bahawa mengetahui cara membuat rujukan sumber dengan betul dan menghasilkan penulisan yang asli ialah bahagian yang penting. Laporan keaslian sangat berguna bagi pelajar yang menjalankan projek ini, terutamanya ketika mereka membuat persiapan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.”
Luke Starczak
Ketua Kanan Pedagogi STEM dan Inovasi“Berbanding dengan alatan persidangan video yang lain, Meet lebih mudah digunakan, lebih mudah diurus dan lebih selamat. Meet turut menawarkan ciri yang membantu kita mendapatkan penyertaan dengan lebih mudah.”
Charley Butcher
Pengarah Teknologi Pengajaran
Berbincang dengan pakar jualan Google for Education
Isi borang ringkas ini, kemudian hubungi pakar kami dan tentukan alat tambah Teaching and Learning yang terbaik untuk institusi anda.
Semua medan diperlukan.
Google Workspace dengan Gemini
Gemini ialah pembantu AI merentas Google Workspace for Education yang membantu anda menjimatkan masa, menyediakan pengalaman pembelajaran yang menarik dan mengilhamkan idea baharu — semuanya dalam persekitaran peribadi yang selamat. Gemini Education boleh dibeli sebagai tambahan bagi mana-mana edisi Google Workspace for Education.
Ada pertanyaan? Kami ada jawapannya
Alat tambah Teaching and Learning tersedia melalui rakan kongsi Google Workspace for Education yang sah ini. Untuk menghubungi mereka dan mendapatkan maklumat lanjut, sila lengkapkan borang di sini. Jika anda sudah pun berurusan dengan rakan kongsi, anda boleh terus menghubungi mereka.
Untuk mendapatkan maklumat tentang harga dan ciri Google Workspace for Education, sila akses carta perbandingan kami.
Institusi yang membeli Teaching and Learning add-on menerima 100 GB tambahan bagi setiap lesen yang ditambahkan pada storan terkumpul mereka, tanpa had. Ini tidak termasuk sebarang storan sedia ada yang mungkin diperoleh oleh institusi daripada lesen Google Workspace for Education lain. Sila lawati Pusat Bantuan kami untuk mendapatkan butiran lanjut.
Tidak. Dengan alat tambah Teaching and Learning, anda boleh memilih bilangan lesen yang mahu dibeli. Jadikan belanjawan anda fleksibel dengan menggabungkan kos bagi beberapa alat tambahan yang dipertingkatkan pada satu platform dan bayar untuk lesen yang anda perlukan sahaja.
Alat tambah dijual secara berasingan dan menawarkan kefungsian premium untuk pengguna tertentu dalam domain Google Workspace for Education anda.
Lawati Pusat Bantuan kami untuk mendapatkan butiran lanjut tentang Teaching and Learning add-on.